THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, December 18, 2009

JEFFRY KITINGAN KETUA PERHUBUNGAN SABAH DAN SARAWAK

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berazam memecahkan kemelut politik PKR Sabah dengan melantik Datuk Dr Jeffrey Kitingan, yang meletakkan jawatan Naib Presiden PKR Okt lepas, sebagai Ketua Perhubungan parti untuk Sabah dan Sarawak.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, adalah diharapkan tindakan mengejut itu dapat memujuk Dr Jeffrey dan penyokongnya dan mengelakkan perpecahan dalam parti.

Minggu lalu The Malaysian Insider memetik Jeffrey melaporkan PKR telah menolak hasrat beliau untuk melepaskan jawatan naib presiden.

Sumber memberitahu Bernama bahawa Anwar dijangka membuat pengumuman khas berhubung pelantikan itu pada pelancaran konvensyen parti negeri di sini Ahad ini.

Sebelum ini, khabar angin menyatakan Dr Jeffrey dijangka menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) diketuai abangnya Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan berikutan peletakan jawatannya sebagai bekas Naib Presiden PKR.

Jeffrey, yang sebelum ini anggota Dewan Undangan Negeri Bingkor, juga dikaitkan cuba menubuhkan parti baru dipanggil Parti Cinta Sabah (PCS) yang mana beliau kemudiannya menafikan turut sama terbabit. Beberapa ketua bahagian yang bersetuju dengan Dr Jeffrey dipercayai memulakan usaha menubuhkan parti baru berpangkalan di negeri itu.

Dipercayai ramai ketua bahagian parti PKR termasuk Dr Jeffrey sendiri kecewa dengan keputusan yang dibuat Anwar untuk melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua PKR yang baru di Sabah.

Ahmad Thamrin anak jati Sabah, dinamakan sebagai Pengerusi PKR negeri baru-baru ini selepas sekumpulan ketua-ketua bahagian melahirkan rasa tidak percaya terhadap Naib Presiden PKR Azmin Ali menerajui PKR negeri.

Pelantikan itu dikatakan hanya bersifat sementara memandangkan pemilihan parti pada peringkat negeri berkemungkinan dibuat tahun depan.

Dipercayai kepimpinan PKR juga menolak hasrat bekas timbalan pengerusi PKR Sabah Christina Liew untuk melepaskan jawatannya sebagai anggota Majlis Tertinggi.

Ketika mengumumkan peletakan jawatannya pada 28 Okt lepas, Liew berkata beliau kekal sebagai anggota parti dan masih memegang jawatan Ketua Bahagian Kota Kinabalu.

0 comments: