THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, December 21, 2009

DIPECAT SETELAH 2 TAHUN MENINGGALKAN UMNO

Surat ini dikeluarkan oleh UMNO kepada Sulaiman Bin Said setelah 2 tahun beliau meninggalkan UMNO. Kan UMNO ni parti badut-badut.

"PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU
(UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION)
No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan)
SETIAUSAHA AGUNG

UMNO/R/SUA/Jld/.1/25
8hb Disember 2009

Saudara Sulaiman @ Suhaimi bin Said
Kampung Batu 4, Jalan Maran
28000 Temerloh
PAHANG

Saudara,

PEMECATAN KEAHLIAN UMNO
NAMA : SAUDARA SULAIMAN @ SUHAIMI BIN SAID
NO. AHLI : 01288553, NO. KAD PENGENALAN: 441208-06-5035
CAWANGAN: PAYA PULAI, BAHAGIAN: TEMERLOH
---------------------------------------------------------------------------------------
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang bersidang pada 4hb Disember 2009 memutuskan bahawa Saudara dipecat daripada parti berkuatkuasa serta merta dibawah Fasal 20.10 Perlembagaan UMNO oleh kerana Saudara telah menjadi calon Parti PEMBANGKANG pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

Sekian, terima kasih.
BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT

T.T.
DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR

S.K: i Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang
ii Setiausaha UMNO Bahagian Temerloh
iii Setiausaha Bahagian Sistem Maklumat"

Berikut adalah kenyataan Saudara Sulaiman.

Surat ini saya terima pada hari ini, 18hb Disember 2009, iaitu pada Hari Tahun Baru Hijrah. Alhamdulillah, Syukur kepada Allah swt.

Kalaulah banyak perkara-perkara lucu yang saya terima pada hari ini, tidak adalah yang lebih melucukan daripada penerimaan surat ini.

Saya keluar dari UMNO pada bulan Julai 2007, dan surat rasmi telah saya hantar kepada Setiausaha Agung UMNO pada tarikh saya keluar dari UMNO itu dengan disalinkan kepada UMNO BAHAGIAN TEMERLOH. Semasa saya keluar dari UMNO, saya menjawat jawatan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Temerloh. Dan jawatan-jawatan yang pernah saya pegang di dalam UMNO adalah Timbalan Pengerusi UMNO Cawangan Paya Pulai dan Naib Ketua UMNO Bahagian Temerloh.

Sangat melucukan saya ialah saya dipecat setelah 2 tahun lebih saya keluar dari UMNO. Dan alasan pemecatan ke atas saya itu juga melucukan, bukan kerana saya keluar dari UMNO, tetapi kerana saya bertanding sebagai Calon Pembangkang.

Sesungguhnya, semasa saya bertanding di dalam Pilihanraya ke-12 itu, saya bertanding di atas tiket Parti Keadilan Rakyat untuk kawasan DUN Jenderak, dan semasa itu saya adalah Ketua KEADILAN Bahagian Kuala Krau. Kini jawatan-jawatan yang saya pegang di dalam KEADILAN adalah Pengerusi KEADILAN Cabang Kuala Krau, Ahli Jawatankuasa Biro Politik KEADILAN Pahang, Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal KEADILAN Pahang dan Pengerusi Biro Felda KEADILAN Pusat.

Seeloknya, kalau UMNO nak pecat seseorang itu ialah dikala orang itu masih sayang kepada UMNO, barulah ada kesannya. Apabila seseorang itu sudah menjadikan UMNO itu musuh dan lawannya, apakah ada kesan terhadap pemecatan itu, melainkan diterima dengan gelak ketawa. Kelakar betul UMNO ni.

SUMBER http://lubokkawah.blogspot.com/

0 comments: