THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, December 26, 2009

AJK MASJID LETAK JAWATAN BERAMAI-RAMAI

Kira-kira 1,000 jemaah yang bersolat Jumaat di Surau/Masjid An Najihin, Taman Merdeka, Batu Berendam, Melaka tergamam apabila semua jawatankuasanya kecuali bilal 1, meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.

Keputusan itu diumum oleh Imam 1, Shuib sejurus selepas solat jumaat dengan memberi alasan sebab-sebab yang tidak dapat dilelakkan. Mereka yang meletak jawatan ialah imam 1, imam 2, Bilal 2 dan seluruh jawatankuasa surau/masjid berkenaan.

Memetik laporan dalam Tkodaily, semua jemaah dapat menghidu keputusan meletak jawatan itu adalah angkara campur tangan politik UMNO yang telah sekian lama mencampuri dalam pengurusan surau berkenaan yang didalangi oleh bilal 1 yang juga pengerusi surau.

Ahli kariah mendakwa bilal 1 itu ialah orang kuat UMNO yang selama ini melobi untuk jawatan berkenaan. Campur tangan UMNO dalam pengurusan surau berkenaan turut didalangi oleh Pengerusi JKKK yang juga orang kuat Datuk Seri Ali Rustam di tempat berkenaan.

Untuk makluman jawatankuasa surau yang telah lama berkhidmat itu tidak menunjukkan kecenderungan kepada mana-mana parti politik.

Peletakan jawatan ini menjadi tamparan hebat kepada UMNO di tempat berkenaan dan di Melaka yang seringkali menunjukkan sikap mencampuri urusan pengurusan surau dan masjid di Melaka.

Semua yang meletak jawatan itu cukup disenangi penduduk dan kariah. Mereka telah berkhidmat di surau berkenaan lebih 9 tahun.

Suasana pilu menyelubungi di dalam masjid bila jemaah dan jawatankuasa syarak yang meletak jawatan berpelukan sesama sendiri selepas pengumuman perletakan jawatan itu dibuat.

SUMBER http://freemalaysiatoday.com/

0 comments: