THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, October 5, 2009

UNDI UNTUK PENGUNDI

Dulu, kini dan jika selamanya UMNO B-end memerintah, maka selama itulah rungutan dan bantahan mengenai undi pos berkumandang. Ini adalah disebabkan proses dan usaha meningkatkan kerahsiaan undi pos tidak pernah dibuat penambahbaikan atau dinilai semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pelbagai alasan diberikan oleh SPR untuk meneruskan proses yang sedia ada bagi membantu parti pemerintah (UMNO B-end) terus memenangi pilihanraya walaupun terdapat ketidak telusan dan ketidakadilan yang jelas.

Jika ditinjau dan diselidiki dengan saudara mara, jiran, rakan dan masyarakat tentera dan polis yang mengundi secara pos, didapati secara keseluruhannya mengakui tidak pernah mengundi dalam pilihan raya walaupun nama mereka disenaraikan sebagai pengundi. Hanya segelintir sahaja yang mengaku pernah mengundi tetapi 'dipaksa' memangkah di depan pegawai mereka. Terdapat juga pegawai dan anggota yang membuat pengakuan, melaksanakan kerja mengundi bagi pihak pengundi yang berdaftar (pengundi pos). Mereka ini dikehendaki memangkah 'dacing' disamping beberapa kertas undi dipangkah untuk parti lawan supaya kerja durjana yang dilakukan tidak ketara.

Pada hari ini sebuah laman web http://suwaritimur.blogspot.com/ telah menyiarkan pengakuan Sarjan (B) Abu Kassim yang pernah bertugas sebagai "sarjan gaji" mengaku telah memanipulasikan undi pos bersama beberapa kakitangan tentera setelah mendapat arahan daripada pegawai pentadbir kem. Anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini menganggotai tentera darat selama 23 tahun daripada 1969 sehingga 1989. Beliau paling lama berkhidmat di Markas Stesen Staf Port Dickson.

0 comments: