THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, October 18, 2009

UMNO NAK SEKAT PERUNTUKAN SELANGOR

Umno mahu Putrajaya menyekat peruntukan ke Selangor supaya rakyat negeri ini sedar hanya Umno dapat membantu mereka.

Perwakilan Umno Selangor Abdul Shukur Idrus berkata sekatan ini perlu kerana kerajaan Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim meraih sokongan meluas dari program bantuan sosio-ekonomi yang dilaksanakan.

Abdul Shukur menjelaskan kerajaan negeri mengagihkan RM1,000 berupa bantuan khairat kematian dan RM1,500 kepada warga tua - walhal Umno sekadar menyumbang RM300.

Beliau menambah agihan sosio-ekonomi seperti ini menjadi buah-bicara rakyat Selangor walhal peruntukan sebenarnya datang dari Kerajaan Pusat.

Abdul Shukur berkata demikian ketika membahaskan ucapan Presiden Umno Najib Abdul Razak di Persidangan Umno ke-60 hari ini.

Sementara itu Exco Kerajaan Negeri Selangor, Yaakob Sapari berkata kerajaan pusat telah menyekat peruntukan kepada kerajaan negeri selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri.

Menurutnya gesaan berkenaan jelas menunjukkan ketidak matangan pemimpin Umno memahami memahami sistem federalisme dan demokrasi sehingga sanggup menghukum rakyat.

“Hari ini pun peruntukan pusat pada negeri telah ditarik balik. Kerajaan negeri membangunkan negeri dengan pendapatan yang ada sahaja.

“Pemimpin Umno kena faham apa makna kerajaan persekutuan, ada kerajaan persekutuan dan ada kerajaan negeri, dan dia perlu menghormati demokrasi. Mana kita ada pilihan raya, rakyat dihukum kerana membuat pilihan sendiri,” katanya.

Menurutnya kerajaan Pusat perlu memberi penjelasan kepada rakyat Selangor begaimana wang peruntukan yang seharusnya disalurkan kepada Ahli Parlimen dan Pejabat Daerah digunakan.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan berusaha memastikan bantuan sosio-ekonomi kepada rakyat Selangor tetap dilaksanakan walaupun mendapat halangan dari kerajaan pusat.

Katanya isu berkenaan tidak seharusnya timbul memandangkan rakyat Selangor berhak menerima peruntukan dari kerajaan pusat kerana mereka merupakan pembayar cukai.

“Peruntukan Ahli Parlimen ditarik balik, peruntukan di pejabat daerah ditarik balik dan kita mempersoalkan di mana duit itu dibelanjakan, apa jadi dengan duit-duit itu.

“Kerajaan pusat kena jelaskan kepada rakyat Selangor bagaimana wang itu dibelanjakan secara telus. Dia kena ingat 32 peratus pendapatan pusat dari Selangor, hasil cukai Negeri Selangor,” katanya.

SUMBER http://www.sabahdaily.com/

0 comments: