THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, October 12, 2009

UMNO B-END MENANG BOSA

Tahniah diucapkan kepada calon UMNO B-end, Tan Sri Mohd Isa Samad telah memperolehi 8,013 undi dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang (N31) semalam. Sementara itu, calon PAS (PR) Zulkefly Mohamad Omar pula mendapat hanya 2,578 undi. Undi rosak pula 223 daripada keseluruhan 11,170 undi yang diperolehi hari ini. Selepas ini bolehlah Isa meneruskan agenda politiknya. Isa tidak perlu memikirkan etika dan moral dalam perjuangan politiknya kerana beliau mendapat sokongan ramai rakyat di Bagan Pinang.
Tahniah juga kepada rakyat Bagan Pinang kerana memenangkan Isa Samad dari B-end. Dengan memenangkan Isa, maka bolehlah rasuah berleluasa bukan sahaja di Bagan Pinang tetapi di Malaysia keseluruhannya. Nasihat orang yang berpengalaman seperti Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Mahathir tidak dihiraukan apatah lagi nasihat-nasihat dari kepimpinan parti pembangkang yang dianggap musuh. Isu etika dan moral bukan persoalan bagi rakyat Bagan Pinang.
Bagi rakyat Bagan Pinang, parti lebih penting dari anak cucu, parti lebih penting dari bangsa, parti lebih penting dari agama, parti lebih penting dari kepentingan rakyat keseluruhannya.
Dengan kemenangan Isa bererti akan lebih berleluasa dan semarak lagilah rasuah bukan sahaja di Bagan Pinang tetapi di Malaysia umumnya kerana UMNO B-end tidak memandang berat terhadap isu ini.
Selepas ini bolehlah rakyat Bagan Pinang memberikan apa-apa habuan bagi memperolehi sesuatu dari sesiapa. Kalau nak jawatan, boleh berikan wang atau makan-makan atau bayarkan percutian atau apa-apa saja supaya boleh memperolehi apa yang dihajati. Anda tidak akan dianggap rasuah kerana menurut ADUN baru Bagan Pinang itu dianggap sebagai melanggar etika sahaja.

0 comments: