THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, October 22, 2009

KEPUTUSAN MAHKAMAH YANG BERCELARU

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa mahkamah tiada kuasa mencabar prosiding dewan rakyat ... sekaligus bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

Begitulah keputusan Mahkamah semasa membuat keputusan terhadap Ahli Parlimen Gobind Singh Deo yang terus digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat. Tak boleh campur .. itu urusan dewan rakyat ler...

Mahkamah Tinggi secara umumnya membuat keputusan itu berdasarkan prinsip pemisahan kuasa, namun keputusan itu bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada April lepas yang menyebut bahawa mahkamah boleh mencampuri urusan persidangan dewan.

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh persoal atau pertikaikan prosiding Dewan Rakyat.

Keputusan ini ternyata sekali tidak sekata.

Pada April lepas, anggota panel Mahkamah Persekutuan iaitu Augustine Paul, Alauddin Mohd Sheriff, Arifin Zakaria, Nik Hashim Nik Ab. Rahman, dan Zulkefli Ahmad Makinudin tidak memperakui atau menghormati prinsip pemisahan kuasa dalam membuat keputusan terhadap kes Speaker Perak V Sivakumar dan ahli dewan undangan negeri Barisan Nasional di Perak.

Dalam kes itu, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk mengantung Menteri Besar Perak Datuk Zambry Abd Kadir, dan enam anggota exco BN daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri.

Keputusan itulah yang membolehkan tujuh Adun itu menghadiri persidangan DUN dan secara langsung mengagalkan usaha Adun Pakatan Rakyat untuk membuat usul undi tidak percaya terhadap kerajaan negeri BN.

Sesungguhnya dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, ia bererti telah melanggari doktrin pemisahan kuasa yang menjadi pegangan mahkamah dalam membuat keputusan bagi lima kes sebelumnya.

Dalam keputusan sebelumnya, mahkamah telah mematuhi peruntukan dalam perlembagaan yang menyatakan bahawa mahkamah tidak boleh mencampuri prosiding persidangan dewan undangan negeri.

Dalam kes Gobind hari ini, Mahkamah Tinggi nampaknya berpegang pada doktrin berkenan semula.

SUMBER http://perakite.blogspot.com/

0 comments: