THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, October 4, 2009

AZEEZ JUARA ANAK WAYANG

Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang mendakwa dia telah dipukul oleh 9 penyokong PAS semasa penamaan calon Bagan Pinang (N31) boleh dianugerahkan juara anak wayang. Buletin Utama, TV3 malam ini (04 Oktober) menunjukan Azeez mendapat rawatan dengan tengkoknya berbalut. Mungkin disebabkan patah akibat dipukul oleh 9 orang penyokong PAS.

Semalam Azeez mendakwa dipukul "bertubi-tubi" lebih 20 kali dan diterajang semasa berada di tengah-tengah kelompok penyokong PAS di luar pusat penamaan calon. Disebabkan keadaan yang teruk akibat dipukul dan diterajang maka Azeez telah berada di pusat penamaan calon sehingga tamat. Azeez juga sempat memanggil pemberita akhbar untuk membuat kenyataan serta memanggil krew TV untuk mengambil gambarnya.

Tidak seperti kemalangan atau kecederaan lain, mangsa biasanya akan terus dihantar ke klinik atau hospital dengan ambulan atau mana-mana kenderaan orang awam yang ingin membantu. Azeez merupakan mangsa yang malang apabila tiada yang membantu sama ada ambulan, kenderaan polis atau SPR. Lebih malang lagi, setelah mendakwa mendapat kecederaan teruk, tiada seorangpun manusia yang berada di situ sama ada penyokong UMNO B-end atau PAS ingin membantu menghantarnya untuk mendapatkan rawatan. Adalah dianggarkan lebih 20 ribu penyokong PAS (PR) dan UMNO B-end berada di pusat tersebut. Lebih dan lebih malang lagi, rakan-rakan Azeez yang terdiri dari orang kanan UMNO B-end termasuk menteri yang berada di situ bersamanya juga tidak menghiraukan keadaan Azeez pada ketika itu.

0 comments: