THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, September 1, 2009

TIADA KEKOSONGAN DI DUN KOTA SIPUTEH

Hari ini (01 September 2009), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Seputeh, Kedah walaupun Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail telah memohon pilihan raya diadakan di kawasan itu. Pada 17 Ogos lalu Datuk Dr Abdul Isa telah menghantar surat rasmi kepada SPR memaklumkan kekosongan di kerusi itu berikutan kegagalan ADUNnya tidak hadir dua kali sidang DUN secara berturut-turut.

DUN Kota Siputeh diwakili oleh Datuk Abu Hassan Sarif daripada Barisan Nasional. Abu Hassan juga adalah Ketua UMNO Bahagian Jerlun. Beliau menjadi wakil rakyat Kota Siputeh selama empat penggal berutut-turut.

Abu Hassan tidak hadir sidang DUN pada 19 April 2009 dan 09 Ogos 2009. Mengikut tafsiran terhadap Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, Adun Kota Siputeh sekarang telah terlucut kelayakan untuk terus menduduki kerusi tersebut kerana gagal hadir ke Sidang DUN Kedah sebanyak dua kali tanpa kebenaran Speaker. Seksyen 51, Perlembagaan Negeri Kedah memperuntukan mana-mana anggota DUN tidak hadir sidang dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan mengosongkan kerusi yang disandang.

Abu Hassan mendakwa bahawa beliau tidak sihat dan bercuti selama dua hari iaitu pada 9 dan 10 Ogos 2009. Beliau telah memaklumkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid berhubung ketidakhadirannya di Dewan. Walaupun begitu, Abu Hassan sepatutnya memaklumkan perkara tersebut kepada Speaker Dewan bukannya Ketua Pembangkang.

0 comments: