THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, September 25, 2009

SALAM

Salam sejahtera dan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. Bertemu kita lagi selepas bercuti menyambut hari lebaran. Sekali lagi saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua pembaca blog ini jika ada tutur kata dan tulisan yang menyinggung perasaan. Bagaimanapun apa yang dipaparkan selama ini adalah dari pandangan dan datang dari fikiran yang tulus serta iklas dari saya.

Apa yang telah dipaparkan untuk pembaca adalah atas kesedaran terhadap kebebasan yang ada dalam prinsip-prinsip demokrasi. Semua kita perlu berani menyatakan pendapat dan pandangan mengikut kita masing-masing asalkan ianya tidak mengugat keamanan. Hak dan kebebasan kita sebagai rakyat tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapa walaupun dari pemerintah UMNO B-end.

Perjuangan menuntut keadilan dan hak dalam segala aspek sebagai rakyat perlu diteruskan walaupun terdapat cemuhan, ugutan dan ancaman. Amalan memberikan kemudahan, peluang, agihan kekayaan kepada saudara mara dan kroni perlu ditentang. Rasuah yang berleluasa perlu dihapuskan.

Segala yang kita lakukan adalah untuk kita, keluarga kita, anak cucu kita, masyarakat kita, dan negara kita.

0 comments: