THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, September 1, 2009

RAKYAT MALAYSIA YANG UNIK

Mulai hari ini (01 September 2009) harga minyak jenis RON95 dinaikkan 5 sen iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter. Sementara itu, RON97 pula dinaikkan daripada RM1.80 kepada RM2.00.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa kadar baru ini ditentukan berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM).

Pengumuman kerajaan berhubung kenaikan harga minyak disambut baik oleh rakyat Malaysia keseluruhannya. Semua media arus perdana hari ini telah mewar-warkan 'kegembiraan' dan 'sokongan' rakyat ke atas kenaikan harga ini. Ini menjadikan Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mempunyai rakyat yang seronok apabila kos meningkat. Biasanya rakyat sesebuah negara akan membuat bantahan dan adakalanya terdapat demonstarsi sehingga terjadinya huru hara atau kacau bilau. Ada juga kejadian dibeberapa negara dimana pemimpin jatuh kerana menaikan harga sesuatu barangan tetapi uniknya kita di Malaysia, rakyatnya menyokong penuh dan gembira dengan kenaikan harga minyak ini. Tiada seorangpun rakyat yang membantah kenaikan harga minyak di Malaysia yang disiarkan pandangannya kerana 'semua menyokong' kenaikan harga ini. Itulah yang digambarkan oleh media arus perdana.

Apakah gambaran yang diberikan oleh media arus perdana ini benar kerana rakyat dan negara (seluruh dunia) sedang menghadapi keadaan ekonomi yang meleset. Umat Islam pula bakal menyambut hari raya Aidil Fitri beberapa minggu lagi.

0 comments: