THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, September 4, 2009

PILIHAN RAYA KECIL KE 9 SELEPAS PRU 12

Pilihan raya kecil (PRK) ke 9 akan diadakan bagi DUN Bagan Pinang, Negri Sembilan, berikutan ADUNnya, Azman Mohd Noor, 55, telah meninggal dunia pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban. Allayarham meninggal dunia disebabkan serangan sakit jantung.

Allahyarham Azman merupakan ADUN yang mewakili B-end. Pada Pilihan Raya Umum ke-12, beliau telah menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi apabila memperolehi 6,430 undi berbanding Ramli yang mendapat 4,097 undi. PRK ini adalah kali ke 9 selepas PRU ke 12, Mac 2008.

DUN Bagan Pinang terletak dalam Parlimen Telok Kemang. Terdapat 4 lagi DUN dalam parlimen ini iaitu Chuah, Port Dickson, Lukut dan Linggi. Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR iaitu Datuk Kamarul Baharin Abbas manakala DUN Port Dickson (PKR), Chuah (PKR), Lukut (DAP) dan Linggi (BN).

Berdasarkan senarai pemilih pada PRU 12, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

0 comments: