THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, September 1, 2009

HARGA MINYAK NAIK SEBAB NAIK MINYAK

Mulai hari ini minyak petrol RON95 yang menggantikan RON92 dijual pada harga RM1.80 seliter dan RON97 pada RM2.05 seliter. Perkara kenaikan harga minyak ini telah diumumkan oleh kerajaan semalam.

Kenaikan harga ini akan menimbulkan kemarahan rakyat semula dan bakal menjana protes sekali lagi walaupun ianya disebabkan peningkatan gred dari RON92 kepada RON95. Ini adalah disebabkan kenaikan harga petrol atau diesel biasanya akan diikuti dengan kenaikan harga barangan keperluan lain. Lebih-lebih lagi masa ini hampir dengan hari perayaan. Kenaikan harga akan menambah lagi beban rakyat keseluruhannya. Kerajaan UMNO B-end yang memerintah sekarang sepatutnya lebih prihatin terhadap kos sara hidup yang semakin meningkat yang terpaksa dihadapi oleh rakyat, lebih-lebih lagi yang tinggal di bandar-bandar.

Kerajaan UMNO B-end dilihat semakin naik minyak apabila gagal mengawal harga minyak kerana bantahan demi bantahan yang dibuat oleh rakyat sejak sekian lama dianggap tidak menjejaskan kuasa mereka. Slogan 'rakyat didahulukan' hanya untuk menyedapkan hati rakyat saja. Kini rakyat perlu menunggu PRU 13 bagi mengajar kerajaan UMNO B-end.

0 comments: