THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, September 5, 2009

DATA PENGUNDI DUN BAGAN PINANG

Berdasarkan data pilihan raya umum ke 12 (Mac 2008), Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang terdiri dari 66% Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

DUN ini mempunyai 4,925 pengundi pos. Mereka adalah dari Pusasda Kem Si Rusa (1,903 undi), KAD Kem Sunggala (1,130 undi), IJED Kem Kg Sawah (847 undi), IPDA Port Dickson (407 undi), Kompeni KPD Kem Si Rusa (265 undi), WKSP Bgd Kem Sg Sawah (165 undi), Sekolah Pertukangan Perintis (105 undi) dan ILMI Port Dickson (103 undi).

DUN Bagan Pinang terletak dalam Parlimen Telok Kemang. Dalam PRU ke 12, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR iaitu Datuk Kamarul Baharin Abbas. Terdapat 5 DUN dalam parlimen ini iaitu Chuah (PKR), Lukut (DAP), Port Dickson (PKR) dan Linggi (B-end) serta Bagan Pinang (B-end) dimenangi oleh Azman Mohd Noor yang telah meninggal dunia semalam.

Pada masa ini B-end menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan manakala Pakatan Rakyat pula terdiri daripada DAP (10), PKR (4) dan PAS (1).

0 comments: