THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, August 7, 2009

UMNO PEMUSNAH

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan rencana bertajuk "Melayu jangan jadi bacul". Malaysiakini menyiarkan berita bertajuk "Malays, don't be cowards: Utusan strikes again mengenai rencana itu. Ulasan-ulasan di sini dan di sini.

Satu lagi percubaan akhbar bongok bangsa Umno untuk mengelirukan orang-orang Melayu Islam. Akhbar bangsa Umno dan penulis bangsa Umno itu cuba menutup hakikat bahawa yang sebenarnya bacul ialah bangsa Umno. Bangsa Umno fikir orang-orang Melayu Islam lupa bagaimana kerana kebaculan mereka, bangsa Umno telah mencincang-cincang kerusi Melayu dalam Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri. Ketika itu, bangsa Umno takut menghadapi orang-orang Melayu Islam yang menolak mereka.

Dalam pilihan raya 1999, 65 peratus orang-orang Melayu Islam dengan beraninya menolak penjajahan bangsa Umno ketika bangsa pemangsa orang-orang Melayu itu mendabik dada bahawa hanya mereka sahaja yang tahu memerintah negara ini. Ketika itu, bangsa Umno mendakwa bahawa tindakan menukar kerajaan dan kepimpinan negara tidak baik untuk negara ini. Biar mereka sahaja yang memerintah. Mereka fikir orang-orang Melayu Islam buta. Di Thailand, nama perdana menterinya belum sempat kita ingati, tiba-tiba sudah bertukar perdana menteri yang lain. Begitu juga di Jepun. Adakah Malaysia lebih maju dari Thailand dan Jepun? Adakah rakyat Malaysia lebih makmur dari rakyat Thailnad dan Jepun? Cukup saya beri satu contoh sahaja bagaimana bangsa Umno menipu dan cuba memperbodoh-bodohkan orang-orang Melayu Islam. Kerana sifat baculnya untuk berhadapan dengan orang-orang Melayu Islam, bangsa Umno telah mencincang-cincang kawasan-kawasan pilihan raya majoriti Melayu. Hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 itu, selepas pilihan raya umum ke 11 pada 21 Mac 2004, kerusi Parlimen bertambah dari 194 kerusi kepada 219 kerusi. Tetapi bangsa Umno telah mencincang kerusi Melayu sehingga tinggal 54.33 peratus sahaja kerusi Melayu. Itupun, 112 kerusi majoriti Melayu dijajah oleh bangsa Umno dan rakan-rakannya. Hanya tujuh kerusi sahaja dapat dipertahankan oleh orang-orang Melayu Islam dari dijajah oleh bangsa Umno dan juak-juaknya.

Mengapa kerusi Melayu Islam susut? Kita ambil contoh kawasan Parlimen Baling. Jumlah pengundinya ialah 79,102 orang.Jika diambil kira jumlah pengundi kawasan Lenggong (23,223 pengundi), Padang Rengas (24,397 pengundi), Gerik (26,227 pengundi) dan Simpang Renggam (34,859 pengundi), kawasan parlimen Baling sepatutnya boleh dipecahkan kepada dua kawasan Parlimen. Ahli Parlimen Gerik kini ialah Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe manakala Ahli Parlimen Simpang Renggam (54.51 Melayu) ialah Naib Ketua Pemuda Gerakan, Liang Teck Meng. Dalam persempadanan semula 2003 itu, bangsa Umno sengaja membesarkan lagi kerusi Parlimen Baling dengan menambahkan kawasan-kawasan di sekitar Kuala Ketil. Jumlah kerusi Melayu Islam ditekan-tekan supaya berkurangan dan lebih ramai pengundi Melayu Islam disumbatkan dalam satu kawasan. Contohnya, di Tumpat (92.16 peratus Melayu) jumlah pengundinya 80,072 orang, di Marang (97.55 peratus Melayu) jumlah pengundinya 74,813 orang.

Sila baca posting perli saya bertajuk "Umno Pembela Melayu (3)". Cukup satu perkara dulu. Belum lagi dibicarakan soal tanah rezab Melayu dan lain-lain penganiayaan, kezaliman dan kekejaman bangsa Umno terhadap orang-orang Melayu Islam. Bangsa Melayu tidak bacul. Kami sedang menyeru mereka memerdekakan diri mereka dari penjajahan bangsa Umno. Tidak ada dua jalan untuk meningkatkan martabat bangsa Melayu Islam melainkan dengan menghambat bangsa Umno dari kekuasaan dan penjajahan mereka ke atas kita. Dan posting kali ini, saya tidak mahu menggunakan ayat perli lagi seperti kata-kata "Umno pembela Melayu". Umno hakikatnya penjajah dan pemusnah Melayu!

SUMBER DARI http://penarikbeca.blogspot.com/

0 comments: