THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, August 10, 2009

SIAPA PENGKHIANAT MELAYU?

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menyaman Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Utusan Melayu Sdn. Bhd. sebanyak RM100 juta jika gagal meminta maaf secara terbuka dan bercetak kepada beliau berhubung rencana bertajuk “Anwar Pengkhianat, Putar Belit Fakta Mengenai Usaha Martabatkan Melayu – Muhyiddin”.

Semalam (9 Ogos 2009) Perwakilan Umno Johor Bahru yang menghadiri persidangan perwakilan bahagian pula telah mencabar Ketua Umum PKR itu untuk menyaman mereka selepas secara serentak melaungkan "Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa".

Menurut Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), "strategi ini bertujuan sebagai persediaan Pilihanraya Umum yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat. Dan ini juga sebagai persediaan awal bagi kempen Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir yang dijadualkan akan diumum oleh SPR esok, 10 Ogos 2009."

Ketua AMK ini mengajak rakyat menjawab beberapa soalan bagi mengenalpasti siapa pengkhianat Melayu sebenarnya.
- Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu?
- Siapakah yang melacur pendidikan negara dengan pelaksanaan PPSMI yang membunuh potensi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
- Siapakah yang menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta seperti didedahkan oleh hubaya tertentu?
- Siapakah yang menafikan hak masyarakat Melayu di negeri Kelantan dan Terengganu untuk memperolehi royalti petroleum sejak sekian lama?
- Siapakah yang memecat Almarhum Datuk Ishak Baharom yang menggazetkan fatwa pengharaman penyertaan orang Melayu di dalam Pertandingan Ratu Cantik Di Selangor satu ketika dahulu?
- Siapakah yang menyeleweng kuota masyarakat Melayu di dalam pengagihan kontrak-kontrak untuk kroni-kroni mereka semata?
- Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan Persempadanan Semula kawasan Pilihanraya yang mengecilkan undi Melayu untuk tujuan kepentingan politik mereka?
- Siapa pula yang satu ketika dahulu bermati-matian mahu menggugurkan nama Islam di dalam semua pertubuhan politik dan NGO satu ketika dahulu?

Marilah kita menjawabnya bersama-sama.

0 comments: