THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, August 16, 2009

SAH USTAZ AKHIL DAN WAHEEDA DIIJAB KABUL

Ustaz Akhil Hayy, 40, dan penyanyi popular Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab, 30, telah selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru. Kontroversi hubungan mereka telah dibuat oleh banyak pihak termasuk isteri Akhil. Kisah hubungan ini menjadi semakin panas sekitar Mei lalu apabila isteri Akhil, Maizawati Zainal mengaku tentang pergolakan rumahtangga mereka dan Waheeda telah dikaitkan sebagai punca.

Ustaz Akhil dan Maizawati telah sah bercerai dengan talak satu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.

Ustaz Akhil dan Waheeda dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Zulhairi Jaid sekitar jam 12.00 tengahari tadi. Pada majlis itu, Waheeda menerima mas kahwin berjumlah RM80 serta tujuh dulang hantaran dan dibalas dengan 11 dulang.

0 comments: