THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, August 14, 2009

ROHAIZAT OTHMAN CALON B-end

Rohaizat Othman, 38 tahun telah diumumkan sebagai calon UMNO B-end bagi pilihraya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos ini. Pengumuman dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi di Bukit Merah. Rohaizat merupakan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh yang dilantik pada tahun ini. Beliau merupakan seorang peguam lulusan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

PAS (PR) pula dijangka membuat pengumuman pada jam 9.00 malam ini. Pengumuman akan dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS kerana serangan jantung pada 31 Julai lalu.

Penamaan calon telah ditetapkan pada 17 Ogos ini.

0 comments: