THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, August 10, 2009

PENAMAAN CALON DAN HARI MENGUNDI

Sebentar tadi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah membuat pengumuman bahawa pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir (N.11) akan berlangsung pada awal bulan Ramadhan. Penamaan calon telah ditetapkan pada 17 Ogos 2009 (Isnin). Jika terdapat pertandingan, hari mengundi akan diadakan pada 25 Ogos 2009 (Selasa).

PRK ini diadakan berikutan kematian Dato' Hj. Mohd Hamdan Abd Rahman, ADUN Permatang Pasir dari Pakatan Rakyat (PAS). Dato' Hj. Mohd. Hamdan telah kembali kerahmatullah di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Jumlah pengundi di sini ialah 20,350. Mengikut peratus kaum pula Melayu 72.51 peratus, Cina 24.32 peratus, India 2.43 peratus dan kaum lain 0.57 peratus. Terdapat sepuluh UPU iaitu Guar Perahu, Kuala Mengkuang, Telok Wang, Mengkuang, Sungai Lembu, Penanti, Kubang Ulu, Sungai Semambu, Tanah Liat Mukim 9 dan Jalan Berapit.

0 comments: