THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, August 8, 2009

PEMUDA UMNO JADI 'BATU API'

Pemuda UMNO telah mengambil kesempatan sepenuhnya ke atas isu arak antara Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Y.B Dato' Dr Hassan Mohamed Ali dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew. Kehebatan Pemuda UMNO ini terserlah lagi apabila menyokong (sokong bawa rebah) dan ingin menyertai Pemuda PAS Selangor untuk mengadakan demonstrasi mengesa Y.B Ronnie Liu meletakkan jawatan. Bagaimanapun pada sidang media semalam (7 Ogos 2009 jam 4.30 petang) DPPNS diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda Sdr. A. Zaidy Abd Mutalib telah menyelar Pemuda UMNO sebagai munafik kerana ingin menjadi juara dalam isu arak di Selangor. Sidang media itu diadakan selepas serahan memorandum mengenai isu arak kepada Y.B Ronnie Liu di Tingkat 15, MBSA, Bagunan SUK.

Menurut Sdr. A. Zaidi, "
DPPN Selangor tidak akan melayan sebarang percubaan Umno Selangor untuk mengeruhkan keadaan ini. DPPN Selangor menolak cadangan untuk berdemostrasi bersama-sama Umno bagi membantah perkara tersebut. DPPN Selangor melihat percubaan Umno untuk memperalatkan isu ini sebagai satu tindakan munafik kerana merekalah sebenarnya punca kekecohan ini”.

Tahniah kepada DPPN Selangor kerana sedar peranan yang dimainkan oleh Pemuda UMNO. Tindakan Pemuda UMNO ini menuruti sikap bapanya, UMNO. 'Bapa borek, anak rintik'. Mereka hanya jadi 'batu api' bagi memecah belahkan PR di Selangor. 'Batu api' adalah antara kerja yang dilakukan oleh syaitan. Jadi PR kena berhati-hati. Jangan layan syaitan

Sejak PR mengambilalih Selangor, UMNO sentiasa mencari isu untuk menjatuhkan kerajaan PR yang telah dipilih oleh rakyat. Ingat, sebelah tangan dihulur untuk perpaduan tetapi sebelah lagi terdapatnya pisau yang akan membunuh. Jika Pemuda UMNO ini jujur, sudah tentu tiada arak di Malaysia. Kita cabar Pemuda UMNO untuk mengharamkan arak di Malaysia. Jangan tipu rakyat. Arak dan judilah yang menghidupkan UMNO B-end dulu, kini dan selamanya.


0 comments: