THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, August 17, 2009

MAKAN MALAM PKR CABANG SETIAWANGSA

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Setiawangsa, WPKL telah menganjurkan Majlis Makan Malam di Dewan Serbaguna AU2, Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur malam semalam (16 Ogos 2009). Majlis ini diadakan bagi mengenang jasa perajurit dan warga emas. Majlis telah dirasmikan oleh Y.B Hajah Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang merangkap Pengerusi PKR Cabang Setiawangsa.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Majlis Makan Malam, Steven Tan Kang Ho, "Majlis ini diadakan bagi memperingati jasa perajurit yang telah mempertaruhkan nyawa demi keselamatan negara." Disamping itu, majlis juga diadakan bagi memperingati warga emas.
Steven Tan Kang Ho

Pada majlis ini, PKR Cabang Setiawangsa telah menyampaikan sumbangan kepada Tabung Hari Pahlawan melalui wakil Sekritariat Tabung, Dato' Dr. Lt. Kol. (B) Osman Kasap. Kesempatan juga diambil untuk mengutip derma bagi tabung itu dari tetamu yang hadir.

Majlis juga telah menyampaikan sumbangan kepada National Senior Citizen Association of Malaysia (NASCOM). Sumbangan diterima oleh Pengerusinya.

0 comments: