THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, August 16, 2009

LIEW KA YEE JUARA KARAOKE CABANG SETIAWANGSA

Setiawangsa - 16 Ogos 2009

Liew Ka Yee telah menjuarai pertandingan karaoke anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Setiawangsa sebentar tadi. Juara ini telah menerima sebuah piala dan wang tunai sebanyak RM1,500.00. Seramai 20 peserta telah berjaya sampai ke pertandingan akhir ini yang diadakan di Dewan Serbaguna MPAJ AU2, Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur.

Liew Ka Yee sedang menerima hadiah kemenangan.

Tempat kedua dimenangi oleh Yong Keak Eee dengan membawa balik sebuah piala dan wang tunai berjumlah RM1,000.00. Tempat ketiga menerima sebuah trofi dan wang tunai RM600.00 dimenangi oleh Lai Kon Swee.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh tetamu kehormat majlis Dato' Dr. Lt. Kol. (B) Osman Kasap dari Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM).

0 comments: