THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, August 18, 2009

LAIN PADANG

By Ahmad Zawawi

Penduduk Permatang Pasir bakal dihiburkan sepuas-puasnya dari hari ini hingga tengah malam 24hb Ogos. Pada 25hb mereka akan tentukan sejauh mana benarnya janji-janji Pembangkang (BN) di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ini.

Pada hari hari penamaan calun sahaja kita sudah dengar kata-kata dari Pimpanan Wanita UMNO yang berjanji sekiranya Barisan Nasional memenangi Pilihanraya Kecil Permatang Pasir nasib penduduk-penduduk yang daif di kampong-kampong dalam kawasan akan dibela. Nada yang serupa pernah dicanangkan beliau semasa di Manik Urai. Beliau juga membayangkan kekecewaannya yang kawasan ini telah diwakili oleh PAS selama tiga Penggal. Nampaknya cara pemimpin BN menabur janjipun berpilih-pilih. Di Penanti baru-baru ini walaupun terletak dalam kawasan Parlimen yang sama iaitu Permatang Pauh Parti UMNO/BN mengambil keputusan untuk mengabaikannya.

Saya suka ulangi perkara yang pernah saya tulis sempena Pilihanraya Kecil Manik Urai. Peruntukan-Peruntukan untuk membantu orang-orang miskin dan daif adalah di bawah kelolaan Kerajaan Persekutuan. Bukankah bantuan-bantuan kemanusiaan ini perlu di masa susah. Dimana logiknya Barisan kena menang dulu di Kerusi Negeri itu baru orang-orang susah boleh dibantu. Nampaknya mereka terus-terusan aplikasikan budaya "Berbudi dan Berbahasa” bukan ” Yang Memerlu Didahulukan”.
Adalah dipercayai dalam beberapa hari lagi akan ada pula janji-janji nak bina jejambat menyeberang landasan keretapi dan Jambatan tambahan untuk menghubungi Georgetown. Dengan melafaskan semua janji-janji ini maka betullah sebagai dikata yang BN akan berkempen sebiji seperti di Manik Urai.

Satu perkara yang jelas Permatang Pasir sama sekali berbeza dengan Manik Urai. Pola pengundinya bukan total satu kaum. Ada terdapat kurang lebih 25% pengundi bukan melayu. Kehendak-kehendak serta keperluan mereka ini sudah tentu berlainan. Disinilah yang saya maksudkan berbezanya Belalang dan Padang itu.

Kepada Parti PAS yang mewakili Pakatan Rakyat jangan terikut-ikut dengan rentak BN. Matlamat mereka ialah untuk mencapai keputusan yang serupa di Manik Urai iaitu “kemenangan moral” sedangkan Parti PAS perlu meneruskan tugas-tugas yang belum sempat dibereskan oleh Allahyarham Datuk Hamdan.

Jangan dihiraukan sangat cakap-cakap orang UMNO yang mengatakan pemimpin Pakatan bergeseran sesama sendiri kerana semua ini perkara biasa sahaja. Apakah Parti-Parti dalam komponen dalam BN ikut saja apa yang UMNO kata? Kita kerap juga mendengar MCA menuntut jawatan TPM. Dan baru semalam melalui berita TV Pemuda MIC minta tambahan Menteri Kabinet untuk MIC. Semasa BN memerintah Pulau Pinang kita tidak pernah dengarkah suara-suara yang mengatakan UMNOlah yang sepatutnya menerajui Penang? Meminjam kata orang-orang lama “Pantai mana tak dipukul ombak”. Jadi saranan kepada pengundi di Permatang Pasir supaya memberi kemenangan kepada BN bertujuan menagajar Pakatan Rakyat kerana “bergeser” sesama sendiri. Apa pula kurangnya Barisan Nasional?

SUMBER DARI http://www.detikdaily.net/

0 comments: