THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, August 13, 2009

KETUA BAHAGIAN UMNO YANG DANGKAL

Sudah lebih 50 tahun memerintah tetapi UMNO B-end masih tidak faham dan dangkal berhubung erti demokrasi dan konsep persekutuan. Perkara ini dapat dilihat dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

Bagi strategi baru UMNO B-end dalam PRK Permatang Pasir (N.11) Abdul Jalil berkata, "Kali ini kita guna pendekatan berbeza di mana kita akan tunaikan janji kita mengikut peti undi." Ini bermakna UMNO B-end akan menunaikan janji kepada pengundi di peti undi yang dimenangi walaupun calonnya kalah dalam PRK DUN Permatang Pasir kali ini.

UMNO B-end masih beranggapan wang rakyat merupakan wang mereka. UMNO B-end akan menjalankan projek bagi rakyat yang menyokong mereka sahaja. Tahukah UMNO B-end hak kebebasan rakyat untuk memilih wakil mereka tanpa rasa takut, tanpa ada ugutan dan tiada unsur rasuah.

Tahukah Jalil ini, apabila seseorang wakil rakyat telah dipilih, Yang Berhormat tersebut bukan lagi wakil rakyat yang mewakili ahli parti atau bangsa mereka tetapi mejadi wakil kepada seluruh rakyat di kawasannya tanpa mengambilkira bangsa, agama, warna kulit atau ahli parti. Bahkan apabila seseorang menjadi menteri atau Perdana Menteri, seseorang itu mesti menjaga kebajikan dan keperluan rakyat keseluruhan dan bukannya menjaga ahli parti atau bangsa mereka saja.

Tahukah Jalil ini, cukai-cukai yang dibayar oleh rakyat kebanyakannya dikutip oleh kerajaan persekutuan. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah bertanya pembayar tentang keahlian parti. Hasil yang dikutip inilah yang diurus oleh pemerintah yang dipilih oleh rakyat.


Dan Jalil perlu tahu bahawa perbelanjaan dari hasil yang diperolehi oleh kerajaan perlu dibuat secara berhemah. Maksud berhemah di sini adalah berbelanja atau melaksanakan sesuatu projek mengikut keperluan. Keperluan yang hendak dilaksanakan tidak semestinya untuk sesuatu bangsa, agama atau ahli parti tetapi untuk rakyat keseluruhan.

Contohilah kerajaan Pakatan Rakyat. Sebagai contoh di Selangor. Skim usia emas tidak meletakkan kriteria ahli PKR, PAS atau DAP untuk mendapat manfaatnya tetapi semua rakyat tanpa mengambilkira sama ada melayu, cina atau india. Begitu juga dengan bantuan kepada ibu tunggal. Tiada syarat penerima mesti menjadi ahli sesuatu parti atau bangsa. Pemberian percuma air untuk 20 meter padu pertama dinikmati oleh semua rakyat Selangor. Pelbagai lagi bantuan dan projek yang dijalankan tidak meletakkan kiteria politik atau bangsa. Inilah contoh dan pemikiran yang perlu ada pada semua pemimpin dan pemerintah yang dipilih.

Janganlah fikir semuanya UMNO B-end punya.

Ingat. Harta negara, harta rakyat. Duit negara, duit rakyat.
Ingat. SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT.

0 comments: