THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, August 22, 2009

15malaysia.com

Sebuah portal web www.15malaysia.com telah mula beroperasi Isnin lalu. Laman web ini merupakan projek pertama di Malaysia yang memberikan muatturun filem-filem khusus untuk disebarkan melalui Internet.

Khairy Jamaludin (Ketua Pemuda UMNO Malaysia) telah berlakon dalam sebuah filem arahan Benji dan Bahir berjudul Meter. Filem ini menceritakan bagaimana Khairy mengambil dan menurunkan beberapa orang penumpang dan berbual-bual dengan mereka berhubung isu-isu popular seperti bahasa kebangsaan, bola sepak kebangsaan, lompat parti dan keris. Watak Khairy sebagai pemandu teksi dalam Meter merupakan cerminan sikap orang Malaysia yang suka mengeluh tentang isu-isu kehidupan mereka tetapi tidak memberi apa-apa saranan berkesan untuk memperbaiki keadaan.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pula telah memegang satu watak dalam filem 'The Tree' arahan Amir Muhamad. Menurut Amir, dalam filem ini TGNA telah diminta menjelaskan satu hadis berkaitan ekonomi. Hadis itu memberitahu tentang cara kerja yang dirahmati tuhan. Ia juga menjelaskan kita akan mendapat balasan daripada apa yang dikerjakan. Dalam rakaman temubual ini aktiviti-aktiviti berjual beli di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu telah dimasukkan.

Sehingga kini terdapat 15 himpunan filem dilancarkan pada hari tersebut dan antara tokoh-tokoh politik yang terlibat 'berlakon' dalam filem-filem yang tela h diterbitkan selain dari Khairy dan TGNA ialah pemimpin MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pemimpin PKR Datuk Zaid Ibrahim serta Tian Chua. Klip video "The Tree" boleh ditonton di bawah.



0 comments: