THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, July 27, 2009

YB YONG BUAT LAPORAN POLIS

Y.B Ean Yong Hian Wah, Exco Kerajaan Selangor telah membuat laporan polis pada 26 Julai 2009 jam 3.30 petang di Ibu Pejabat Polis Shah Alam terhadap sebuah blog yang menuduhnya terbabit dalam rasuah. Y.B Ronnie Liu yang pada mulanya tidak mahu membuat laporan polis terhadap blog tersebut kemudiannya bersetuju untuk berbuat demikian selepas mendapat nasihat dari rakan-rakan dalam DAP. Semasa berita ini ditulis laman tersebut iaitu http://www.t4tbh.blogspot.com/ masih lagi memaparkan tuduhan tersebut melalui blog bertajuk ‘TRUTH FOR TEOH BENG HOCK’.

Blog tersebut menuduh Yong dan Liu melesapkan dana kerajaan negeri pada 2008 khususnya dana kerajaan negeri untuk DUN Sungai Pelek yang diwakili MCA dan ianya ada kaitan dalam kematian Teoh Beng Hock. Selepas laporan polis dibuat Yong berkata kepada pemberita bahawa "blog tersebut mahu mengalih perhatian rakyat dari kematian kontroversi pembantunya, Teoh Beng Hock". Yong juga berkata, ‘blog itu juga cuba mengaitkan beliau dengan kematian Teoh, dengan menuduh beliau dan Liu memaksa Teoh berpakat dalam aktiviti haram.” Yong menafikan perkara yang dibangkitkan ini kerana Teoh tidak pernah bekerja dengan Liu dan dia juga tidak pernah terbabit dalam urusan peruntukan (DUN) Sungai Pelek.

0 comments: