THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, July 28, 2009

USAHA LEBIH "MAMPAT"KAN PEMUDA PR

Pemuda Pakatan Rakyat yang terdiri dari Pemuda Parti Keadilan Rakyat (AMK), Dewan Pemuda PAS (DPP) dan Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) akan lebih mantap dan mampat setelah wujudnya MAMPAT atau Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat. MAMPAT diharap akan dapat menwujudkan suasana harmoni antara parti dalam komponen PR dengan mengeluarkan 1 suara. MAMPAT juga akan boleh mewujudkan kompromi sekaligus menguatkan kerjasama antara komponen dalam PR.

KENYATAAN MEDIA MAMPAT
27 Julai 2009

Kami Pemuda PAKATAN RAKYAT yang terdiri daripada Dewan Pemuda PAS (DPP), Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) hari ini memutuskan penubuhan Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat dengan penggunaan singkatan nama MAMPAT.

Mesyuarat MAMPAT yang pertama pada hari ini (Isnin 27hb Julai 2009) di Tingkat 2, Pejabat Pemuda PAS Pusat bersetuju bahawa ahli-ahli mesyuarat MAMPAT terdiri daripada Ketua, Setiausaha dan 3 pimpinan tertinggi Pemuda yang lain daripada setiap parti dan akan mengadakan mesyuarat bulanan secara tetap. Pemuda PAS, AMK dan DAP percaya penubuhan MAMPAT ini akan menguatkan lagi hubungan kerjasama politik Pakatan Rakyat dan memberikan kekuatan untuk pemuda Pakatan Rakyat merencana gerak kerja bersama pada setiap masa. Penubuhan MAMPAT ini juga akan dapat membantu Pemuda Pakatan Rakyat menyelesaikan sebarang isu berbangkit yang melibatkan hubungan parti-parti Pakatan Rakyat dengan lebih cepat.

Mengenai Himpunan Mansuhkan ISA yang akan berlangsung pada 1 haribulan Ogos ini, MAMPAT membuat penegasan pada hari ini menyokong penuh Himpunan tersebut dan memberikan komitmen kehadiran pimpinan dan seluruh ahli pemuda Pakatan Rakyat ke Himpunan tersebut. MAMPAT percaya himpunan tersebut akan berlangsung secara aman sepertimana yang dirancangkan dan meminta kerjasama pihak polis untuk membantu mengawal keselamatan semua pihak.

Sekian.

Nasrudin Hassan (KETUA DPP)

Shamsul Iskandar Mat Akin (KETUA AMK)

Loke Siew Fook (KETUA DAPSY)

0 comments: