THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, July 23, 2009

BERUK DAN SPRM

Persoalan dan isu berkaitan UMNO B-end yang mempergunakan agensi-agensi kerajaan khasnya polis, mahkamah, SPRM dan sebagainya sering dibangkitkan dan senario yang berlaku memang sukar dinafikan.

Apa yang ingin saya bangkitkan ialah berhubung dengan kepimpinan UMNO B-end yang tidak konsisten dalam percakapan dan perbuatan mereka. Khairi Jamaludin (KJ - menantu mantan PM dan Ahli Parlimen Rembau @ Ketua Pemuda UMNO Malaysia) telah mengumpamakan orang ramai yang berhimpun secara "haram" sebagai beruk-beruk dijalanan. Tetapi semenjak Pakatan Rakyat dapat memerintah beberapa negeri, didapati ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO B-end ini pula kerap menganjurkan tunjuk perasaan. Semasa KJ berucap mengenai "beruk-beruk", mereka inilah yang bertepuk tangan menyokongnya. Apakah mereka sekarang mengaku menjadi beruk?.

Lagi pening ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO B-end ini ialah apabila orang Umno berdemo di perkarangan Menara Dato Onn bila SPRM mula campur tangan dalam isu rasuah wang dalam memastikan tempat dalam pemilihan Umno yang lalu. Mereka secara jelas menjerit (macam kena histeria) dan menghina SPRM. Disebaliknya, beberapa hari yang lalu kira-kira 60 ahli dan pemimpin Umno B-end menyertai demonstrasi di Ampang Point untuk menyatakan sokongan kepada SPRM dan polis untuk meneruskan siasatan terhadap kematian Teoh Beng Hock.

Nampak dengan jelas tanpa perlu bersuluh dalam kedua-dua senario ini telah membuktikan bahawa UMNO B-end ni ikut sedap sendiri. Kalau kena sendiri dia bantah, kalau kat orang lain semua okay.


Cuba tanya KJ apakah pendiriannya tentang SPRM dan apakah ahli-ahli serta pemimpin-pemimpin UMNO B-end juga dah jadi beruk?

0 comments: